halwa telinga

September 29, 2013

mimpi.

adakah ini sekadar mimpi semata2?
ataupun ada mesej yang tersirat dalam mimpi tersebut?
sebab mimpi dua hari lepas asyik menjengah minda je.
and buat aku terfikir2..
hm aku tak tahu macam mana nak "buang" perasaan tu.
seolah2 menghantui aku setiap masa..

sebenarnya mmg terlalu banyak andaian mengenai mimpi2 semua ni.. 
dan kebanyakannya adalah drpd gangguan syaitan nirrajim semata2...
tapi kalau betul ada mesej yang aku patut tahu,
teringin jugak nak tahu.
p/s: jangan lupa basuh kaki and baca doa sebelum tido.
jangan lupa nak maafkan semua org jugak.
baru lah hidup kite akan lebih tenang

September 28, 2013

Jiwa manusia yang lemah

aku masih keliru.
"simpang yang mana satu harus kupilih?"
antara minat, bakat dan pencapaian peperiksaan.
bagiku ini semua sungguh kompleks.
sangat menyesakkan jiwaku.

terkadang ku jadi sugul sendirian.
Aku jadi asyik dalam pemikiran tentang masa hadapan.
namun semuanya hanyalah sebuah perancangan yang samar.
masih kabur dalam benak otakku.

tapi aku sangat yakin dengan ketetapan Yang Maha Kuasa.
DIA Allah Azza Wa Jalla pasti ada untukku.
membantuku untuk tetap berdiri teguh.
diatas segala-gala yang telah diaturkan olehNya.
aku bermohon agar diberi taufiq dan hidayahNya.
agar senang bagiku merangka perjalanan hidup.
sepanjang keberadaan aku di alam sementara ini.

memanglah kita telah bersungguh-sungguh merancang.
tapi hanya DIAlah yang berkuasa menentukan semuanya.
walaupun dalam lubuk hati pasti tertanya-tanya;
“apakah hikmah yang bakal menyusul?”
“adakah mampu bagiku menggalas setiap keperitan ini?”

kerana itu kita semua wajib mengimani firman Allah;
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
Surah Al Baqarah: 216.


doa adalah senjata yang paling ampuh bagi setiap orang mukmin
insyaAllah segala duka sengsara yang kita adukan,
segala kemahuan kita yang ingin dipenuhkan,
pasti didengar dan diperkenankan oleh Allah S.W.T.
asal kita betul-betul meletakkan keyakinan yang tinggi.
dan bertakwa kepadaNya.
barulah kita dapat merasakan erti sakinah dalam kehidupan.

usahlah mengharap pada janji-janji manusia.
kerana mereka itu juga seperti kita.
mereka sangatlah lemah.
kudrat mereka itu,
semuanya dalam kekuasaan Allah.

Allah itu Yang Maha Hebat.
Allah itu Yang Maha Kaya.
Allah itu Yang Maha Kuasa.
Allah itu Yang Maha Mengasihi.

mengapa kita masih menyangsikan semua itu?

September 17, 2013

Instagram Lily ♥

click Blue Link ni untuk follow Instagram Updates saya.

September 11, 2013

y u exchange2 ur nickname ni? (soalan lazim drpd kwn2 lama and mokcik2 aku)



mari sini saya nak habaq kat satu dunia..satu belantara bumi yang penuh pancaroba 
dan pncemaran alam serta akhlak juga krisis identiti ni dgn satu kisah benar. haha
Sebenaqnya, friends aku drpd kecik smpai lah aku di tingkatan 5 mmg memanggil 
aku dgan bermacam jenis nama iaitu "Liyana", "Ana", "Yana" dan "Nabila"
tapi bukan "LILY" Baiklah. N
amun begitu.. setelah aku memasuki fasa baru.. 
Eceh. atau lebih jelas lagi setelah "menapakkan" diri di SMK SSAAS, 
bermula lah kisahnya apabila terdapat dua jasad dalam satu kelas yang sama iaitu
di kelas 6 Bawah Bitara (aliran Kemanusiaan) mempunyai nama yang hampir2 sama, 
LIYANA dan DIYANA. 
Time first2 tu kitorg selalu terkeliru dan terkonfius nama sapa yang dipanggil..
dalam hati kedua2nya mesti cam, "aih.. nih panggil aku ke bukan nih?"
ha..tu je pun. tapi
 bagi mengelakkan masalah ini drpd b'lanjutan.. 
aku pun decide lah supaya diorg tuka drpd memanggil aku, "Liyana" kepada "Lily" 
dan yang Diyana tu kepada "Didy". 
tapi nama Didi tu rupanya Rifdi dah amek dulu. 
Kesimpulannya, nama aku sorg jelah yg telah ditukar. yang kawan kitorg Diyana tu, 
still guna nama dia yang asal, ..yang penuh tu. Itulah kisah disebalik semua ini. 
Harap korg tak sebak sangat lah time baca entry yg penuh syahdu ni.
Haha LOLipop :D 
and sesiapa pun dah boleh panggil aku Lily lah sekarang..
takde masalah. TAKDEEE
*this entry dibuat special untuk kawan2 lama sahaja.
yg kawan2 ssaas tk payah baca pun takpe. hahahahehehe :D
(ew yikes gedik gila.. macamlah ada yg nak baca)