halwa telinga
July 28, 2013
RM50 (2x) Ini semua duit yang~
hihi. yeah! saya akan me'repeat' DUA paper ya pada bulan November ini (tak faham kenapa nak bangga sangat) satu, untuk sem 1 bagi subjek Ekonomi. dua, untuk sem 2 bagi paper P.Perniagaan.. prinsip saya kalau dapat C tak payah repeat. tapi kalau dapat C-, WAJIB repeat. bukan ReMpiT tapi Repeat. jangan tertukar sudah. Ok, tujuan penulisan kali ini ditulis adalah untuk memohon semua kawan2 aku yang baik hati + cantik2 + pandai2.. untuk mendoakan kejayaan diri ini dalam me'repeat' paper2 ini. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik nnty. doakan juga bagiku untuk senang masuk ke Universiti yang sesuai dengan jurusan yang akan aku pilih. aku akan berusaha! yakinilah aku, akanku buktikan kepada kalian <3 hehe :)
Ribuan tentera Israel bunuh diri. Mengapa?
Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah,
TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja.Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.
“Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.
“Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.
“Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.
“Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.
“Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
“Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.
“Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya,” kata Bleich.
Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
“Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri,” katanya.
sumber: Kosmo!
July 27, 2013
the new me. I guess?
suatu masa dahulu aku tersangat-sangatlah hyper sampai dalam kelas tu bingit dengan suara aku campur kawan2 sekepala and tak sekepala (biasanya pihak yang bercanggah pendapat dengan kitorg. haha :D) yang memekak memenuhi segenap ruangan kelas. aku pun pernah berdebat sampai kedua2 pihak merajuk dengan seorang cikgu muzik aku masa aku darjah 5 dulu2..(jap. ke darjah 6 eh masa tu? tahla mana2 lah) dulu kawan2 aku ramai budak2 lelaki iaitu since umur aku 5 tahun sampai lah form 2.
banyaknya perubahan yang berlaku kalau nak bandingkan aku yang dulu dengan aku yang sekarang. skarang dalam kelas senyap je. tak berapa nak ada confidence dalam diri. suara time nak buat presentation pun stakat volume 2 je. lebih2 lagi sejak masuk form 6 ni. aku selalu musykil tentang kemana hilangnya 'kenakalan' aku yang dulu. aku cuba jadi aku yang dulu. ..yang boleh berdebat dengan cikgu2.. yang ceria dan menceriakan. (*bukan yang ramai kawan lelaki :/ ) kadang2 rasa sangat2 lost. hmm ntahla.. pada pendapat aku, kawan2 yang kite kenal dari kecik lebih mengenali kelemahan and karakter kite sebab dah kawan since kecik. dan boleh bualkan tentang perkara2 yang tak munasabah pun. skarang ni aku jadi malu kalau nak teriak2 sangat dalam kelas. buat lawak gila2 + lawak yang antarabangsa punya then gelak kuat2.
lagi satu aku rasa ideologi kawan2 skarang berbeza2 sebab asal dari skolah lain2. kitorg dh mixed up dah dan sebenar2nya aku rasa kadang2 tu aku tak dapat nak tafsirkan isi hati diorg yg mungkin nampak setuju tapi sebenarnya tak dan ada jugak yang nampak macam buat muka 'toyer' tapi diorg sebenarnya sangat2 setuju dengan pendapat kite. idk :( walaupun begitu, pengalaman and kenangan bersama kawan2 form 6 ni banyak mendewasakan aku jugak. ni tak boleh tipu (dosa. dah la skarang ni bulan ramadhan).. aku belajar yang kite tak boleh over dalam menyayangi dan mengasihi seorang sahabat (ini yg sama gender sahaja) maksudnya.. ukhuwah fillahnya tu walaupun sayang sangat sebagai seorang sahabat ni pun tak boleh melebih2. takut kemudiannya kecewa dengan sikap mereka yg berbeza2. aku takut yg jenis *pengembala biri2* ni lah. kejap ye kejap tak.
apa2 pun, aku masih berharap aku boleh cari kawan yang boleh kekal jadi bestfriend sehingga tua nnty. aku harap sangat ada <3 maybe akan ada sesuatu yang bakal berlaku dengan berubahnya karakter aku yang skarang ni. aku masih menantikan saat yang aku dapat merasa hikmah semua ini. Akhir kata, Good Luck to my Anis Amni in doing your degree at UM <3 I love you till jannah, insyaAllah and Good Luck to my girlfriends and me di SMK SSAAS dalam peperiksaan STPM kita nnty. kalau boleh, kite semua sama2 dapat 3 pointer and above tau :D aku harap kite semua dapat masuk universiti pilihan kalbu and etc. ingat! jangan lost contact. k tu je.
aku ter'insomnia' pulak sejak cuti Nuzul Quran haritu. OK. dah penat nak type :) assalamualaikum
July 13, 2013
AIRMATA RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasul-Nya mencintai kita.

July 12, 2013
Surat dari Baad Assad Syria!
(Kandungan surat ini menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.
Bacalah dengan mata hati murni kalian)
Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.
Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.
Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.
Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.
Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.
Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.
BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!
daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria.
- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.
- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Malaysia dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.
Bangunlah ! Bangkitlah!
MOHON SHARE KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

July 05, 2013
sempena Ramadhan ini. I want to share this MZ music video
enjoy guys :)
jangan lupa untuk upgrade iman kita.
tingkatkan pahala melalui amal ibadat.
May Allah bless all muslims.
sifat2 kebanyakan manusia yg lahir dalam bulan November
NOVEMBER BABIES :D
Based on Dr. Fadzilah Kamsah's research
:o banyak idea
:o sukar untuk difahami
:o berfikiran kehadapan
:o berfikiran unik dan bijak
:o pemikiran yang tajam
:o daya firasat yang sangat halus dan tinggi
:o cermat dan teliti
:o personaliti yang dinamik
:o berahsia dan pandai mencungkil dan mencari rahsia
:o banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
:o berani, pemurah, banyak kesabaran
:o terlalu degil dan keras hati
:o apabila inginkan sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya
:o tak suka marah kecuali digugat
:o mudah ambil berat terhadap orang lain
:o pandai muhasabah diri
:o pandai mendorong diri sendiri
:o tidak hargai pujian
:o kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
:o suka duduk di rumah
:o sangat rajin dan berkemampuan tinggi
:o kurang berjaya mengawal emosi
:o bercita-cita tinggi
:o perangai yang sukar diramal dan mudah berubah-ubah

Subscribe to:
Posts (Atom)