halwa telinga

July 27, 2013

the new me. I guess?

assalamualaikum :)


     suatu masa dahulu aku tersangat-sangatlah hyper sampai dalam kelas tu bingit dengan suara aku campur kawan2 sekepala and tak sekepala (biasanya pihak yang bercanggah pendapat dengan kitorg. haha :D) yang memekak memenuhi segenap ruangan kelas. aku pun pernah berdebat sampai kedua2 pihak merajuk dengan seorang cikgu muzik aku masa aku darjah 5 dulu2..(jap. ke darjah 6 eh masa tu? tahla mana2 lah) dulu kawan2 aku ramai budak2 lelaki iaitu since umur aku 5 tahun sampai lah form 2.

     banyaknya perubahan yang berlaku kalau nak bandingkan aku yang dulu dengan aku yang sekarang. skarang dalam kelas senyap je. tak berapa nak ada confidence dalam diri. suara time nak buat presentation pun stakat volume 2 je. lebih2 lagi sejak masuk form 6 ni. aku selalu musykil tentang kemana hilangnya 'kenakalan' aku yang dulu. aku cuba jadi aku yang dulu. ..yang boleh berdebat dengan cikgu2.. yang ceria dan menceriakan. (*bukan yang ramai kawan lelaki :/ ) kadang2 rasa sangat2 lost. hmm ntahla.. pada pendapat aku, kawan2 yang kite kenal dari kecik lebih mengenali kelemahan and karakter kite sebab dah kawan since kecik. dan boleh bualkan tentang perkara2 yang tak munasabah pun. skarang ni aku jadi malu kalau nak teriak2 sangat dalam kelas. buat lawak gila2 + lawak yang antarabangsa punya then gelak kuat2. 

     lagi satu aku rasa ideologi kawan2 skarang berbeza2 sebab asal dari skolah lain2. kitorg dh mixed up dah dan sebenar2nya aku rasa kadang2 tu aku tak dapat nak tafsirkan isi hati diorg yg mungkin nampak setuju tapi sebenarnya tak dan ada jugak yang nampak macam buat muka 'toyer' tapi diorg sebenarnya sangat2 setuju dengan pendapat kite. idk :( walaupun begitu, pengalaman and kenangan bersama kawan2 form 6 ni banyak mendewasakan aku jugak. ni tak boleh tipu (dosa. dah la skarang ni bulan ramadhan).. aku belajar yang kite tak boleh over dalam menyayangi dan mengasihi seorang sahabat (ini yg sama gender sahaja) maksudnya.. ukhuwah fillahnya tu walaupun sayang sangat sebagai seorang sahabat ni pun tak boleh melebih2. takut kemudiannya kecewa dengan sikap mereka yg berbeza2. aku takut yg jenis *pengembala biri2* ni lah. kejap ye kejap tak. 

     apa2 pun, aku masih berharap aku boleh cari kawan yang boleh kekal jadi bestfriend sehingga tua nnty. aku harap sangat ada <3 maybe akan ada sesuatu yang bakal berlaku dengan berubahnya karakter aku yang skarang ni. aku masih menantikan saat yang aku dapat merasa hikmah semua ini. Akhir kata, Good Luck to my Anis Amni in doing your degree at UM <3 I love you till jannah, insyaAllah and Good Luck to my girlfriends and me di SMK SSAAS dalam peperiksaan STPM kita nnty. kalau boleh, kite semua sama2 dapat 3 pointer and above tau :D  aku harap kite semua dapat masuk universiti pilihan kalbu and etc. ingat! jangan lost contact. k tu je. 

     aku ter'insomnia' pulak sejak cuti Nuzul Quran haritu. OK. dah penat nak type :) assalamualaikum

No comments:

Post a Comment