halwa telinga

October 04, 2013

batas.

aku tahu.
yang kau tak akan..

bercakap,
bertanya khabar,
dan buat macam kau ambil kesah pasal aku lagi.
padahalnya,
aku pun tahu dan sedar bahawa..
kau memang selalu
ambil berat,
ikut apa2 updates tentang diri aku.
^^

aku harap kau masih ingat kata2 tu,
kata2 yang pernah aku bagitahu dulu.
aku rasa kau masih pegang kata2 tu,
kita mesti menjaga batas antara kita.
sebabnya 
itulah erti kemanisan hubungan dalam islam
the longiness..
we'll fill it with dzikr.

ZIKRULLAH.
"SubahanAllah..

Alhamdulillah..
La ilaha illallah..
Allahu Akbar"
kita tak pernah tahu tentang suratan 

yang telah dituliskan buat kita.
kita tak nak lah berkasih dengan orang lain,
tapi nanti jodoh kita dengan orang lain pula.
nanti kita mesti akan TERbandingkan 
antara yang dulu
dengan yang sekarang, yang sah.
perangai dia,
cara dia marah,
cara dia senyum,
cara dia buat kejutan hari jadi contohnya.
apa-apa pun, kawan tetap kawan.
kau,
semoga berjaya dalam hidup..

didunia dan diakhirat.
moga Allah tabahkan hati anak2 muda islam,
belia remaja yang hebat diluar sana.. 
bakal pemimpin negara,
bakal penegak kebenaran agama.
yang mahu beristiqamah menjaga perhubungan
yang mahu menjaga perasaan dan hati mereka sendiri..
supaya tak sengsara dan terluka dengan maksiat,
kekecewaan,
kecemburuan,
kesedihan,

kepura-puraan.. serta
perasaan berdosa terhadap Maha Pencipta..
tolong. aku bukan nak menjatuhkan sesiapa pun
tapi ni memang perkara yang haq (benar)
fitrah setiap manusia itu adalah untuk
mencintai dan dicintai..
so kita just sabar je lah.
kita tunggu je..
kerana akhirnya nanti.. 
kita pasti, akan merasakan hikmah dengan penantian ini
semua orang tahu couple tu berdosa..
tapi kita manusia ni lebih suka buat2 tak tahu kan? 

pelik.
ingatlah,
yang halal itu lebih bernilai,

yang halal itu lebih manis.
yang halal itu adalah patuh kepada Makruf.
orang2 yang bertakwa adalah orang yang beramal
dgan prinsip, "amal makruf, nahi mungkar"
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment